Iklan

Sharemyloves Geng!

26 November 2014

Mikayla's Milestone

 Salam

Mikayla Milestone
--------------------

Nur Mikayla Aeesya. Boleh panggil Kaila, Cayla, Kayla or ape saja yang sedap disebut. Budak kecik yang menginjak ke usia setahun 6 bulan ni memang lincah. Atau lebih tepat lagi lebih kepada berperangai gangster. Setakat abang dia tu, sebelah tangan je dia tolak gedepekkk jatuh. 

Kayla memang kaki makan. Kena ade makanan disekitarnya baru beliau boleh hidup aman dan bahagia. Kalau tidak gelisah memanjang. Huhuhu. Selain makan, berjoget sambil tengok iklan jugak salah satu feveret dia. Tak kisah iklan ape janji ade lagu je dia terus joget. Huhuhuhu.

Kayla suka main truck sama dengan abang dia. Anak patung ke teddy bear ke dia sepak-sepak jer. Tadek dipandangnye. So, hari-hari lah mama terpakse tengok drama perebutan barang yakni truck, bas, ketapi, antara Kayla dengan Mikhail. Malas nak melarang sebab dah kering ailio mama nye ni terpekik terlolong marah jangan gaduh...jangan gaduh!

Kayla suka berlari, dalam rumah tu bergego dengan tapak kaki dia berlari dari bilik opah ke hall, pastu dari hall ke dapor, pastu main sep tangan abang dia, pastu berlari lagi. Adudududu...mebi ada tokoh pelari Olimpik satu hari nanti...huhuhuhuhu!

Pastu Kayla memang addicted dengan Hello Kitty. Ada satu baju tido Hello Kitty tu dia asik ulang alik pakai. Kalo susah nak kasi pakai baju pampers lepas mandi, pastu ko tunjuk je baju HK tu, otomatik dia nak pakai baju. So from now on, mama akan cari baju printed HK je tak kisahla ori ke idok janji ade rupa HK untuk Kayla. Ni disebabkan dia memang minat dengan kucing. Iklan tv kalo ade kucing jer hoi tak kelip mata nengoknye. Itu belom tengok real lagi, boleh kejung berdiri tengok meow.

Berbeza dengan Mikhail, Mikayla ni memang lambat bercakap. Nak sebut satu-satu words pon susah. Dan aku rasa dia memang pendiam tak macam aku ni haa. Itu sebab aku cakap setiap anak tu tak sama tahap perkembangannya. Kalo dulu Mikhail setahun 2 bulan dah pandai sebut itu ini. Tapi Mikayla ni lain sikit. Setakat mama, baba, cat, susu, opah, achu dia tau la. Yang lain harem. Tapi takpe itu tak melemahkan semangat aku untuk terus mengajo dia sebut perkataan yang senang-senang. Kalo aku asik nak compare Kayla dengan Mikha jenuh la aku, kan?

Itu sajelah pasal Mikayla ni. Oh! dan lately semenjak nak jadi kakak ni dia agak moody dan suka menangis. Mungkin dah tau kot taklama lagi gelaran adik tu nak kasi dekat orang lain. Tetiba teringat kat Kayla, kalo aku balik dia cepat-cepat datang pegang perut pastu cakap..."baby...baby".

Yela nak taklama lagi je kamu dah nak jadi kakak...soon Kayla, soon!

#entrythrowback
dia sebenarnya tak bape sihat since last week, demam malam je :(

eceh dik dik dik...semua nak Hello Kitty je kamu eh?

okbai!

sharemy
mommycha

REVIEW: IOI City Mall Putrajaya

Salam

Minggu lepas adalah minggu sibuk di Putrajaya. Mana dengan Formula E, dengan karnival Upin Ipin, pastu ade event MAHA dekat Serdang dan jugak opening IOI City Mall Putrajaya tu. Hamboih meriah bertingkek-tingkek!

Sebagai rakyat Putrajaya aku sempat pegi Karnival Upin Ipin dengan IOI City Mall saje sebab yang lain-lain tu memerlukan kekuatan dalaman yang sangat mendalam sebab panas la nak berjemur. Kahkahkah!

So, disebabkan tadi dah cerita pasal Upin Ipin ni nak cerita pasal IOI City Mall Putrajaya pulak. Actually disebabkan ade mall baru bukak so mohle "menjakunkan" diri sekejap. Vavavavavavava! Masa kitaorang pegi situ pon sebab Sabtu tu dah stuck tak boleh masuk ke Karnival Upin Ipin, so kitaorang beralih arah ke IOI City Mall. Nasib baikla time tu takde ramai orang sangat yang ke situ.

Kebetulan weekend lepas adik-adik aku semua berkumpul kat umah ku, so memang meriah berjalan beramai-ramai. Pegi pon shopping mall baru. Yela shopping mall pon dah jadi tempat beriadah sekarang kan? Actually aku takde pulak round semua kedai kat situ sebab taklarat mengangkot anak-anak. So, sesampai je terus pegi Tesco, katanya tempat feveret mak-mak soping barang dapo. So, biarla aku review Tesco IOI City Mall je eh? Kihkihkih. Bolehla tu dari takde ape langsung, khen? ;p

Overall aku suka Tesco ni sebab ala-ala Cold Storage gitew. Susun atur memang class, cantik, berseri al maklomle tempat baru. Even Tesco ni takde la sebesar Tesco Extra tapi surrounding yang "secukup rasa" ni membuatkan mak-mak tertarik untuk soping disini. Rege Tesco pon bukanlah mahal sangat berbanding dengan hypermarket yang lain. Cumanya kalo bab pampers, susu anak memang takboleh lawan harga Kedai Darussalam (Putrajaya) atau dekat Speedmart lagi. 

First day "melawat" kawasan takdela aku borong ape pon. Cuma sempat beli sikit-sikit then buat kad Tesco, kata dah alang-alang pegi situ kan. Mase buat kad tu pon orang belom ramai lagi. Then keluar situ pegi pulak Living Mall depan Tesco ala Ikea wannabe la. Lawa-lawa jugak barang kat situ, dan sempat jugak aku buat membership card. Huhuhuhu. Then cuci mata sat terus nak balik sebab dedua budak dah merengek. 

Ade kejadian tak diingini masa nak balik tu. Kat sini aku nak nasihatkan korang hati-hati kalo pegi IOI City Mall tu. Hati-hati pada lantai mall tu. Sumpah LICIN! Mase memula nak masuk aku yang hampir nak jatuh sebab licin, tapi masa balik, mama aku jatuh terlentang kot dah le mase tu dia dukong Kayla. Dedua jatuh terlentang kepala ke lantai. Gile ah! Bukan takat Kayla je nangis, mama pon nangis sebab sakit. Siap tangan tergeliat. Ko bayangkanlah orang tua dukong budak kecik jatuh????!! Seyes sedih oi. Baju seluar kotor siap berdebu lagi jatuh atas lantai tu. Patutnya management letakla signboard "slippery floor" or watsoever so that public boleh aware, ini tadek pon! Huh....

Itu jela, bebelan untuk IOI City Mall tu. Nampaknya tunggu lagi 4-5 bulan bila lantai dah tak licin baru leh pegi pulok. Huhuhuhuhu. Ala...tapi nak makan dip n' dip!!!!! Baby nak ni, achaner?

moh tengok ape yang ade kat sini :)






peace yo ma!

my STRENGTH!

sharemy
mommycha

25 November 2014

Karnival Upin Ipin di PICC

Salam

Hi korang! Untuk tidak membasikan cerita mohle Micha story pasal pegi Karnival Upin Ipin Ahad lepas. Pasni citer pasal ioi mall Putrajaya pulak yer.

Seperti yang dijanjikan pada Mikhail bila setiap kali iklan Karnival Upin Ipin (KUI) ni keluar kat tv, nak membawak dia pegi. So marilah tunaikan permintaan dan janji kita pada anak-anak. Walaupon Mikayla tu bukan tau ape pon, tapi takpe ku heret jugak dia sekali tengok maskot Upin Ipin tu. Semangat tu weh...semangat!

Seawal pagi jam 8 kami anak beranak dah keluar umah. Bangun awal tu pukul 6 memasing. Pastu opah dah siapkan sarapan megi goreng ayam dengan nasik goreng. Then kitaorang singgah Petronas beli air kotak and roti buat alas perut kot-kot lapo nanti. Disebabkan jarak PICC dengan Presint 18 cuma 10 minit so aku tak risau sangat la, untuk pengetahuan u ols ni kali kedua kitaorang pegi KUI tu sebabnya on Sabtu keluar rumah pukul 11 pagi, mak ai sampai atas jambatan PICC tu boleh jem. Ramai gile umat! So, Ahad tu kita playsafe dengan keluar awal. Dan taraaaa...mudah dapat paking, pastu duduk pon area depan stage! :)

Dah kata janji dengan anak kan? So mesti ditepati.

Sesampai kat Hall B, PICC tu kitaorang tunggu Upin Ipin keluar. Both anak enjoy cuma Kayla meragam sikit sebab demam, badan dia dedar. Merengek la jugak. Dalam pukul 9, keluarlah maskot upin ipin dengan kengkawan. Hohhh teruja semua penonton sebab dapat tengok Atok, Opah, Mei-Mei, Ehsan, Susanti, Jarjit, Mail. Bising dan gamat dewan tu u ols...

Dalam setengah jam jugak la duduk dalam tu. Kayla pon merengek nak tido. Pulak si Mikhail tanak balik, kena la tarik jugak tangan budak tu. Pastu nak balik pon sengsara sebab kena redah lautan manusia untuk keluar dewan. Penangan upin dan ipin katanye. Kitaorang langsung tak membeli barang upin ipin kat situ sebab  mahal. Gile ko barang ori kot, termos air pon dah rm20. Padahal kecik je. Huhuuhuhuhuhu.

Time nak balik pulak memang banyak la kereta nak masuk paking. Siap jem dalam paking PICC tu. Nak naik lif pon beratuq sampai luar-luar. Amboiiih ramai gile orang. Actually kalo tanya pendapat aku ni la. Venue kat PICC adalah tak sesuai untuk buat Karnival camtu sebab nya, paking space tak banyak, pastu tempat tu adalah di atas bukit, location tak strategik dan tak punyai space yang luas untuk budak-budak enjoyed themself. Patutnya buat dekat mana-mana padang yang luas, pastu yang boleh kita park kiri kanan padang tu. Much better. Kesian kot tengok mak-pak dok dukong anak panjat bukit semata-mata nak bawak pegi tengok Upin Ipin.Itu belom yang tolak stroller lagi, yang bawak baby lagi. Yela Upin Ipin oiii karekter kartun paling pemes dekat Malaysia. Tanyalah dari kecik sampai beso, semua kenal Upin Ipin tu. Pastu bonus siap ade Ultraman lagi. Mana tak meroyan bebudak hoi!

Aku terdengar jugak urusetia Les Copaque tu cakap masa hari Sabtu, 74 budak hilang dari parents. Gile ah...74 orang ramai kot! Yela dah tempat bersesak camtu kan, budak nak bebas berlari tak terkejar lah mak-paknye -.-"

Itu sajelah pengalaman pegi bawak anak-anak. At least janji sudah ditepati, dapat jugak tengok live. Gigih la aku yang memboyot ni u ols. Tapi andaikata ade lagi tahun depan tobat dah tak mau bawak. Kuikuikuikui! Tengok dalam tv jela anak-anak oi!
Eh 28-29 Nov ni ade Expo baby la kat PICC...hahahaha best-best!
:)


huhuhu depan sangat dah ni :)

masa ni geng tengah nanyi lagu Negaraku

huhuhuhuhu Ehsan, Fizi, dengan Mei Mei yang cantik :)

kasi chan mak buyong bergambo. Maaple anak dara merengek.

Ni masa show lom start. Depan pentas jugak :)

Ni pon masa awal-awal masuk dewan tu :) hai la Mikhail!

Dengan baba elok dia senyum pulak.

#6monthspregnant #24weeks :)

sharemy
mommycha

19 November 2014

Alhamdulillah!


 And I noe U are behind me for a 1000 reasons...
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT :)


sharemy
mommycha

18 November 2014

Kenapa aku stress?

Salam

Semalam pegi KK Presint 3. Macam biase check up antenatal. Tapi kali ni rasa berbeza dan langsung telah tawar hati. Tawar hati dengan KK. Kalo rata-rata komplen nurse KK mostly garang, bengis, banyak songeh blablabla. Tapi bukan pada aku. Sebabnya aku melalui beberapa kali pengalaman yang berbeza. In my case it was not the nurse that i annoyed most, but the doctor! Yesss..doctor! Yang macam haprak!

Sory untuk menggunakan perkataan yang tak elok, tapi percayalah i've been facing the same situation 2nd time and it's make my self-esteem down :(

Ceritanya camni. Semalam macam biasa aku check-up dan kena jumpa doc sebab nak ambil stok ubat. Ubat tu memang kena jumpa doctor dulu baru boleh dapat supply. So macam biasa aku pegi la masuk bilik doktor tu. Bila masuk je aku buat muka sehabis manis cakap "Doctor, saya nak mintak slip untuk ambil ubat.." Masa tu dia tengah menulis something atas kertas, after that dia pandang aku 2 -3 kali dengan muka yang berkerut. Then tanya, "how many weeks are you?" Aku jawab la...22 weeks. Then this Indian doc pon cakap.."Hey are you kidding me? 22 weeks like this? This is too big...mebi ade mistakes." Then ade kawan dia jugak indian doctor tengok aku dan cakap..."No way 22 weeks, too big...show me...show me?"

Lepas tu aku cakap memang my tummy besar sebab i ade GDM (diabetes). Lepas tu selamba dia cakap ini bukan pasal GDM tapi pasal perut u memang BUNCIT!! Ohyemji... macam terhempap ceiling klinik atas kepala aku. Dah la ade another patient dalam bilik tu. Malu aku siot. Terus berpeloh tapak tangan aku. Rase nak menyorok bawah meja je.... :(

Actually bukanlah masalah perot besar tu buat aku stress or annyonying dengan both doctors tapi, cara depa treat patient macamlah takreti nak jaga air muka orang langsung. Come on. As a doctor u also have an ethic rite? Takkan u sebagai doktor yang berpelajaran tinggi boleh cakap direct ape yang u rase dekat patient? Tambahan pulak kami ni patient ibu-ibu yang mengandung yang pastinya mempunyai high emotion berbanding patient sakit demam batuk cirit yang lain. Come on lah?

Masa tu aku pandang depa berdua dengan tawar hati. Yela aku memang tulis dekat buku pink tu pekerjaan aku cuma lah seorang Pembantu Tadbir, tapi takkanlah sebagai Pembantu Tadbir korang layak melayan aku macam aku ni orang bodoh? Sumpah memang aku takkan jejak kaki dekat KK lagi lepasni. Biarlah ape pon orang nak kata risiko bersalin swasta ke hape ke, dulik hape aku!

Actually itu adalah second time, sebab first time aku jugak terkena benda yang sama masa aku demam dan time tu 18 weeks. Jugak facing the same doctor. Ape la nasib aku ntah? Now aku dah makin tawar hati sebab aku kena buat check up BSP tu every 2weeks dan makin kerap kena pegi klinik even baru 22weeks. Aku tak cukup kuat nak berulang alik lagi 4 bulan ke KK tu. Sudah cukup, cukup sudah..... Terkejut aku sebab even BSP aku aritu (4.8, 3.9, 3.8, 3.9) tapi tetap derang nak suruh buat setiap 2 minggu sekali mengetip jari amik darah dan check gula. Hoi! memang tadek pasal lah Bedah...

Watever it is, setelah dua kali kejadian camtu, buat aku bertambah tawar hati dan berkerat rotan dengan KK gomen. Maaf aku bukan "menangkan" sepital swasta berbayar tu or watever, tapi at least berbudi bahasa tu kan lebih baik? Memang la kita takbayar awak untuk setiap servis yang kita buat, tapi kerajaan bayar awak untuk bagi servis yang terbaik kepada semua orang tak kira dari sorang pencuci bangunan, buruh binaan, tukang cuci longkang hatta sehingga pegawai tinggi sekalipun, ko kenalah bagi servis yang sama rata. Nak aku sekolahkan balik ke doktor?

Ke ko nak aku komplen kat Biro Pengaduan Awam baru ko hegeh-hegeh nak upgrade cara komunikasi ko eh? Hello kalo ko rase ko hebat ade berjuta trillion orang lagi hebat dari kau....


timah..aku pinjam gambo anak ko jap!

okbai!

sharemy
mommycha

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...