Iklan

Sharemyloves Geng!

28 November 2012

Keperluan memperkenalkan telur pada usia 8 bulan & Vaksinasi MMR


Hi! saye dah nak masuk 11 mons. Ini gambar censored saye :)

Dua, tiga hari kita dah sampai ke bulan Disember. Bermaknanya dah hampir untuk kita mengucapkan BYE-BYE kepada tahun 2012 yang penuh dengan memori suka dan duka.
Bulan Disember bermakna Mikhail sudah menginjak ke usia 11 bulan. Oh! How time flies...Sudah jadi big boy anak momy cha ni. Esok lusa nengok-nengok dah nak terima menantu pulak aku nanti...hehehehe!

Bercerita mengenai baby dah 11 bulan ni, tetiba momy cha teringat pasal check-up di Klinik Kerajaan untuk Mikhail. Kan ke dari baby kita kena bawak derang untuk suntikan imunisasi every month tu? And tak silap momy cha waktu berumur 12 bulan / setahun nanti ada suntikan yang dinamakan Suntikan Pelalian MMR. Adakah anda sebagai ibu-bapa ALERT terhadap perkara ini?

Apa itu MMR?

"Vaksin MMR adalah campuran daripada tiga jenis virus yang dilemahkan yang disuntik untuk imunisasi melawan demam campak , beguk dan rubela . MMR umumnya diberikan kepada anak-anak yang berumur 1 tahun dengan dos penguat diberikan sebelum memasuki umur sekolah (sekitar umur 4 atau 5)" - sumber blog kak Fara Rahim.

Oleh sebab itulah Vaksinasi MMR @ lebih dikenali sebagai cucuk telur ni perlu diberikan kepada bayi seawal usia mereka setahun. Tapi tahukah peranan kita sebagai ibu-bapa sebelum bayi kita mengambil imunisasi ini? Nak tau tak? Let me story u....

Tujuan:

- Untuk mengelakkan akibat alahan yang teruk seperti kebiruan dan anak sukar bernafas.
- Boleh diberi kepada bayi seawal usia 8 - 10 bulan. Ini adalah untuk "test" dulu samaada bayi kita mempunyai alahan pada telur ataupun tidak.

Arahan:

- Beri anak makan kuning telur (sepenuh masak) 1 sudu . 1-2 kali seminggu sebagai permulaan.
- Kalau ada alahan seperti kemerahan didalam mulut atau badan, stop dulu makan telur untuk seminggu.
- Teruskan makan kuning dan putih telur. Lebihkan dari masa ke semasa (seminggu 2-3 kali)
- Jika tiada alahan, baby kita sedia untuk menerima suntikan MMR tersebut.
- Jika simptom alahan berlarutan, sila berjumpa doktor untuk consultation- sumber PPUM

kesian dier!


Oh! no..sehingga kini to be frank, momy cha belom pernah bagi menu cenggini dekat Mikha. Maksudnya bukan tak pernah bagi telur, pernah lah bagi. But bukan seperti arahan PPUM tu. Disebabkan takut Mikhail ada alahan pada telur, momy cha cuma bagi dia makan benda yang berasaskan telur sebagai permulaan. Contohnya kek, tauhu, penkek. Belum lagi terpikir nak bagi makan kuning telur 1 sudu sebagai permulaan eventhough dia dah berusia 11 bulan. Erk! should start today...bukan susah pon kan? Rebus telur dan suapkan satu sudu dekat dia. Habis cerita. Tapi after that kena pantau lah jugak ada alahan ke tidak kan?

Dulu masa perkenalkan makanan "pejal" dekat Mikha, momy cha memang begitu choosy. Apa yang nak dibagi makan anak semua kena buat research dulu. Kalau ada orang suap yang bukan-bukan mulalah aku nak bertukar jadi "singa betina". Bukan kita eksyen ke apa, sebabnya kita sendiri taktahu anak kita sesuai atau tidak atau ada alahan kepada certain makanan kan? Buatnya dikasi kuih raya, pastu anak kita alergik tepung gandum ke...muka bertukar biru, sesak nafas, pengsan...kan ke kita yang susah?

So, para ibu sekalian. Marilah kita praktikkan dulu cara pengambilan telur untuk "test" kepada anak kita menjelang usia dia setahun nanti. Jangan kita tak ambil berat hal-hal sebegini. At least sebagai ibu bapa kita kena ada serba sedikit pengetahuan untuk kesihatan anak kita jugak kan? Sebab alahan yang teruk boleh membawa maut kepada bayi kita. 

Mungkin perkongsian ilmu hari ini sedikit sebanyak dapat memberikan info dan membantu ibu-ibu yang non-hado experience di luar sana. Momy cha pon takdelah pandai sangat, untuk rujukan yang lebih jelas u ols boleh terus hubungi KK yang terdekat untuk keterangan lanjut, ok?

Oklah, balik ni terus nak rebus telur and "mengetest" dekat abam long Mikhail tu. Mintak-mintak semuanya ok lah. Bahulu sebalang boleh habis makan....apetah lagi hanya sesudu telur kuning rebus yer tak Khail? kacang jerla....
Heeeeeheee!

oh! my telur ayam...

#pisnowar#

momycha!

22 comments:

Mimy Hamid said...

Fayel dah try hari tu ..makan telur naik sebijik telur kat bibir..ok alahan ..

Lala Latif said...

hari tu masa pergi check up amirah 9 bulan pun,nurse suruh bg makan telur...tp, tak buat-buat lagi...tunggu parut chiken pox dia hilang...baru bagi...(xde kaitan pun..haha)

With Julia said...

Good info dear...sharing is caring :)

Allene said...

bagi 1 sudu je ker? hari tu lin tanya nurse kat KK dia suruh bagi 1 biji terus. klu keluar elergic trus bawak g hospital. aduhh.. pening da.

Wawa Yusoff said...

cakap pasal org sumbat makanan kat anak ni, teringat haritu MIL nak sumbat gula sesudu kat ebm elman dalam botol, katanye nak bagi lawas supaya mudah berak. kebetulan masa tu elman berak tak lawas. meloncat saya kak! cepat2 saya amik susu dlm botol tu bgtau kata dah masukkan gula. GULA kak..gula... sesudu pulak tu.

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

awww, malu lah !

!k@ said...

oohhh..ye ke...xtau pun...ms last time cek up masa 9 bulan xde pulak nurse pesan..dia cuma soh bawa ms 1tahun nanti untuk cucuk..huhu..
tq 4 dis info mommy cha...

Wawa said...

annaila nak masuk 8 bulan dah. haaaa. boleh main test2 telur kat naila plak. :p

cha said...

i dh besar ni tapi tak bole makan telur tiga suku camne plak tu alahan gak ke mommy cha? hahah

Aty_Fared said...

Ok noted n bookmark n3 nih...tq sharing cha..:-)

Puan Ira said...

good info mommy..

e k i n ♥ y u s r i said...

smlm bru ade ckp2 ngan kakak2 opis ms ngah BF zara kat school
good info
TQ mommy cha

as ♥ Leenda said...

hahaha..bahulu sebalang dah sebat, ape sangat telur sesudu kan..
same lah kes asyraf ni haaa..tak bagi2 lagi test telur kuning sesudu tu..tapi roti dah berpaket2 masuk perut dah..consider tak alergic boleh tak?huhu..

Dkna Abza said...

cekciiiiiii :)

mama ila said...

saya pun lum try...anak saya ada eczema..aritu masa check up kat KK pun nurse suh try bagi makan telur..nk tgk alahan ker x..tapi sy lum try lagi..hihi..risau..lum sedia...tapi insyaallah..weekend nie nk try jugak..

amirah said...

aci tak kalo arissa tak cucuk sejak dr 4 bulan sebab mak dia bizi?? muhaha..ni macam mak dia nak kena lempang kan? hehe..adoi, sian anak akak tak pegi2 lagi check up nya. pasni la pegi. telur aritu dah terai, nmpk ok alhamdulillah

Cik Puan Mimi said...

Tq info yg bagus mommy cha. Errr. Ble kite boleh ketemuk lagi nii

~MommyAida~ said...

Selamat mengetest ye MommyCha..InsyaALLAH mikha tak terkena alahan telur ni..sbb kdg2 susah jugak..ade ank cousin tu, alahan telur yg teruk smpai kan pegang telur pon tak boleh..kesian kan..Anyway, gud info..thanks sharing..

erna said...

TQ so much! good info. nak try jugak kat my little iman. esok iman genap 8bulan. menu semakin boleh d pelbagaikan. owh x sabar! TQ ye

Mama Sofia said...

good info..tqvm.. xtahu plak kna intro telur pd bby..my bby dh 10bln. masa g cek 10bln, xde plak nurse ckp suh intro telur..cuma kompius la..telur bg gtu je ke?means rebus n trus bg?atau kna masak2 gak?

Mama Sofia said...

good info..tqvm.. xtahu plak kna intro telur pd bby..my bby dh 10bln. masa g cek 10bln, xde plak nurse ckp suh intro telur..cuma kompius la..telur bg gtu je ke?means rebus n trus bg?atau kna masak2 gak?

Mama Sofia said...

good info..tqvm.. xtahu plak kna intro telur pd bby..my bby dh 10bln. masa g cek 10bln, xde plak nurse ckp suh intro telur..cuma kompius la..telur bg gtu je ke?means rebus n trus bg?atau kna masak2 gak?

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...