Iklan

Sharemyloves Geng!

19 November 2010

Grab the opportunities thru E-Pjj at UiTM

Sekarang ini semuanya online. bayor bil online tayah nak beratur, cari kawan pon online (hah! yang ekau ber facebook dari siang ke mlm tuh la..), cari barang, baju, suar, keta, umah, tudung, kasut semua mak nenek online, bahkan ada yang cari jodoh pun online yek ibu-ibu bapak-bapak sekalian (tayah le ekau dok nyanyi lagu Waliband - cari jodoh dah kot)...hehehe. Zaman kecanggihan teknologi online ini sudah menular. Wah! bukan main hebat ayat Cik Cha, penularan ini menyebabkan segalanya menjadi senang, semuanya dihujung jari kaki. Hehehe..bagi Cik Cha, peluang mengonline kan diri ini telah berlaku secara tidak langsung...Cik Cha secara tidak langsung telah mendaftarkan diri untuk menjadi pelajar e-pjj UiTM secara maya. Aisehmen...!bukan cerita tipu yek puan-puan. Ini betol-betol...Hehehe. Kalau tidak percaya sila baca karangan seterusnya.


*semua online disini, nama pun E-pjj..daftar online, dapat tau keputusan online, pilih subject online, daftar pelajar online, pilih kelas online, generate bil online semua lah online...*

Setelah diamati, diteliti, baru Cik Cha tahu ape itu kelebihan belajar sambil bekerja yakni belajar secara jarak jauh (e-pjj):

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Objektif program ini ialah untuk menawarkan pendidikan berterusan bagi meningkatkan pengetahuan dan kerjaya bumiputera. Mereka juga membantu meningkatkan produktiviti dan menyumbang kepada pembangunan negara. Selain itu mengikut Cik Cha ia juga:
  • dapat bayar bil belajar sendirian berhad 
  • dapat pegi kelas sendiri, drive sendiri, isi minyak, bayar tol sendiri
  • dapat kawan-kawan baru yang sangat matured
  • dapat isikan masa ujung minggu (kelas cuma sebulan je kot sekali)
  • dapat naik pangkat tanpa melalui KPSL, PTK dll (insyallah jikalau ada rezeki)
  • dapat mengasah ilmu lebih mendalam
  • dapat menambah ilmu pengetahuan (bukan ke sunnah Nabi menuntut ilmu sehingga ke negeri China??)
  • dapat grade, dapat degree, dapat diploma, dapat sijil, dapat result
  • dapat amek exam, test, quiz, pop quiz, buat assignment dan sewaktu dengannya 
  • dapat kenal pelbagai bentuk lecturer tak kira kecil,besar, melayu, indian. chinese, gemuk, kurus dll
  • dapat kawan baru (hi yanz, kak emelda, kak yati, ayu, su,...hehehe)
Jom usha-usha keras ape yang boleh didapati di laman web InED UiTM Shah Alam http://www.ined.uitm.edu.my


Antara kemudahan yang diberikan:

MAIN FEATURE OF e-PJJ IN UiTM

•    Virtual learning (pembelajaran secara maya..no..no..no..bukan maya karin ye tuan-tuan)
•    Educational technology usage (semua pembelajaran berlandaskan teknologi)
•    Support services
•    Quality notes and learning guidelines (oh ya..i lurve the notes, semua lecturer bagi notes melalui i-class ye  adik-adik, yakni secara maya jugak)
•    Cheapest fee / most competitive (murah sesangat-sangat, affordable price. Tayah le ekau nak belaja kat oversea tuh..mahal dik non)
•    Learning aids through various channels (yup correct! korang boleh amek test, quiz, pop quiz all online..taraaaaaa...canggih tak?canggih tak?)
•    Blended learning (oh..oh..ice blended mmg sedap dimakan...oh! bukan..maksudnya..hurm ape yek? pembelajaran bukan terhad pada satu subject, malahan lecturer akan menghuraikankan segalanya secara terus (direct learning) dan juga kalo ko bendul, dungu, xpaham gak, leh tanye kot i-class ye adik-adik)...

Antara main course desert yang ditawarkan:
  • Sarjana Sains Pengurusan Maklumat (IS770)
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) (BM220)
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) (BM222)
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Pengangkutan) (BM216)
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa  (Perhubungan Awam) (MC222)
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Sukan (SR221)
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pentadbiran (AM228)
  • Ijazah Sarjana Muda Seni Kulinari (Kepujian) (HM225)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan (HM222)
  • Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan (Kepujian) (HS222)
  • Ijazah Sarjana Muda Pemulihan Cara Kerja (Kepujian) (HS225)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (Kepujian) (HS220)
  • Ijazah Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran  (Kepujian) (HS223)
  • Diploma Perakaunan (AC110)
  • Diploma Pentadbiran Awam (AM110)
  • Diploma Pengajian Perniagaan (BM111)
  • Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans)
  • Diploma Pengurusan Bank (BM112)
  • Diploma Pengurusan Pelancongan (HM111)
  • Diploma Pengurusan Maklumat (IS110)
  • Diploma Pengajian Sukan (SR113)

Adik-adik, kakak-kakak, abe-abe, pakcik, makcik diluar sana yang berminat tapi tak cukup duit bolehlah membuat pinjaman melalui institusi berikut yek:

•    Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
•    Employees Provident Fund (EPF)
•    Baitulmal
•    Pusat Zakat
•    Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA
•    Commercial banks and financial institutions

*satu ketika dahulu pada bulan Julai 2010, program ini menawarkan yuran percuma kepada student yang mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang...*

*ini tempat ku menimba air ilmu di dada, semoga dapat melalui zaman graduasi dengan result terbaeekkkk wokkk nanti*

People out there come and learn new things. Jangan malu even kita dah bernak pinak, bercucu-cicit, untuk belajar dan mengenggam segulung ijazah. Meh!! reramai usaha ke arah kejayaan, gengam bara api adoyai sakit, biar sampai jadi abu..... Peluang cuma sekali tau, sapa kata Cik Cha bini orang taleh sambung belajar...?sapa kata?sapa kata?.....(emo sat...hehehe)

2 comments:

bonda_tie said...

dulu pernah belajar pjj kat oum. tp fail... akan cube lg nanti. will never give up. walaupun dah beranak pinak. belajar tak rugi.

Nurzawani Normal said...

teringin nak sambung blajo dah tue2 ni tp xcukup metrofulus...huhu... nak nak nak...epjj akaun bile la leh sambung blajo ni

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...